Wednesday, January 5, 2011

Me as warden

1ST DAY (3/1/11)

Arini saya bangun seawal jam 4.30 AM tapi sambung balik tido-tido ayam sampai jam 4.50 AM..saya memang dah tak boleh tido lena waktu tu..terfikir ada tanggungjawab yang menunggu iaitu membuka kunci pintu pagar untuk budak-budak asrama yang nak pegi solat subuh di surau.

Warg!ingatkan lepas tu nak sambung tido balik tapi tetap tak leh..rasa macam tak sedap hati ja. Terus g dapur masak air..sambil tu bersihkan dapur sementara tunggu air masak.Arini nak mandi air panas!sebab sini sejuk bangeeet!!rasa macam sekali simbah ja kulit dah kecut!

2ND DAY (4/1/11)

Arini mngantuk sangat.Lepas bukak pagar ja terus tido.Huh..sebab gara-gara tido lewat plus ber3G dengan my BF..nasib la tak terlajak tido.Mandi pun agak lewat dari kemarin. Arini wujud perasaan tak selesa sebab semasa
saya tengah memandikan diri terdengar suara warden lain beri arahan kepada dak2 asrama.Rasa macam serba salah sebab saya yang ada di situ tak mampu nak bagi arahan sebegitu.Owh..rasa helpless.

3RD DAY (5/1/11)
Arini saya bangun jam 5 am...p bukak pagar lepas tu sambung balik tido.Mengantuk sangat-sangat. Saya set alarm untuk bangun 5.30am tapi terlajak sampai 6.15am.Itu pun sebab dengar riuh rendah suara dak2 asrama.Fuh..Arini juga saya buat rondaan bilik ke bilik.So far so good tapi ada juga minor error saya perlu tegur dengan anak2 ni. Kalau tandas pulak, saya kasi markah -100! ya negatif.sebab najis-najis manusia lain pula terpaksa saya lihat.shot!I feel better today sebab dah mula selesa menggunakan kuasa yang saya ada. *Smile~

No comments:

Post a Comment